PENANG TODAY

Friday, 5 July 2013

ADUN PR Pulau Pinang Pengotor Bahasa

GEORGETOWN - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Law Choo Kiang hari ini mengeluarkan amaran kepada para anggota dewan supaya tidak menggunakan bahasa kasar ketika persidangan bagi mengelakkan pertikaman lidah serta membuang masa.
  
Amaran itu dibuat ketika anggota-anggota dewan membahaskan usul terima kasih terhadap ucapan Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas semasa merasmikan persidangan dewan.
  
Pertikaman lidah berlaku antara RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dengan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu perkauman sehingga menimbulkan suasana kecoh.
  
"Saya beri peringatan buat kali terakhir supaya Yang Berhormat Seri Delima (Rayer) jangan ulang perkataan yang tidak sepatutnya, begitu juga ahli yang berhormat lain supaya beri kerjasama," katanya.
  
Terdahulu itu, kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertelagah berhubung isu perkauman, setelah Rayer mendakwa Roslan cuba mencetuskan isu itu apabila megutarakan mengenai isu seorang doktor berbangsa Cina yang tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit berbangsa Melayu di sebuah hospital kerajaan.
    
Rayer kemudian menyifatkan Roslan sebagai pemimpin Umno yang bersifat perkauman selain mendakwa Umno adalah sebuah parti perkauman, kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan Roslan yang kemudiannya meminta Rayer menarik balik kenyataannya.

Bagaimanapun, Rayer enggan menarik balik kenyataannya dan keadaan bertukar tegang apabila kedua-duanya meninggikan suara sebelum Rayer mengeluarkan perkataan kepala hotak' terhadap Roslan kerana mahu beliau menarik balik kenyataan yang dikeluarkan.
    
Perkataan kepala hotak itu disifatkan Roslan sebagai sesuatu yang melampau dan biadap dan meminta speaker menasihati Rayer dan mengambil tindakan.  - Bernama


@kepala hotak merupakan ayat pasar yang digunakan oleh penutur apabila penutur tiada hujah yang bernas tetapi masih mahu menang bila kalah dalam perdebatan.

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template