PENANG TODAY

Sunday 21 April 2013

Kenapa PAS mahu DUN Sg Acheh?

Politik Nafsu Memisahkan Calon PAS & PKR
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada tahun 2008.Pelbagai pihak berpandangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan gagal memerintah negeri Pulau Pinang.Tetapi Pakatan Rakyat membuktikan sebaliknya.Diperingkat awal mula belajar memerintah Pakatan kelihtan cukup mantap.Kebanyakan keputusan diputuskan bersama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Pada waktu itu pemimpin Pakatan Rakyat menumpukan sepenuh perhatian membangunkan negeri Pulau Pinang.Dari pemimpin Pakatan Rakyat diperingkat negeri hinggalah pemimpin Pakatan Rakyat diperingkat akar umbi.Kesemua berpakat membina Pulau Pinang lebih baik.Maka lahirlah program-program Kerajaan Negeri yang lebih pentingkan rakyat.

Namun panas tidak sampai petang rupanya hujan ditengahari,Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang mula mementingkan kuasa.Pembahagian kuasa antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang dipersoal dan dipertikaikan.PAS menuntut kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diduduki parti PKR.Dakwa PAS mereka lebih layak menduduki kerusi Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang.

Perbalahan antara PAS dan PKR terbawa bawa sehingga hari penamaan calon PRU13.PAS menuntut kembali kerusi N21 Sungai Acheh yang katanya dipinjamkan kepada PKR pada PRU12.PKR tetap bertegas mahu merampas kerusi N21 Sungai Acheh dari UMNO ( BN ).PAS menunjukan sikap keras kepala dengan meletakan calon mereka di kerusi N21 Sungai Acheh.PKR dengan slogan lawan tetap lawan juga meletakan calon mereka di DUN sungai Acheh.

Kenapa PAS mahu DUN Sg Acheh?.PAS benar benar mengidamkan DUN Sg Acheh disebabkan mereka merasakan akan memenangi kerusi ini kali ini yang dulunya kalah dengan majoriti kecil.Pertambahan kerusi ini membolehkan PAS menuntut Exco Hal Ehwal Agama dari PKR.Rakyat melihat pertembungan kali ini antara PAS dan PKR di DUN Sg Acheh lebih kepada percaturan politik nafsu mengatasi percaturan politik berasaskan perjuangan.PAS dalam percaturannya melihat apabila menguasai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mereka dapat mengurus tadbir kewangan MAINPP dimana dana terkumpul MAINPP melebihi dana Kerajaan Negeri itu sendiri.

Maka pada PRU13 PAS  meletakan calon mereka di DUN Sg Acheh walaupun PKR tidak menyerahkan DUN Sg Acheh kepada mereka.Ternyata pertembungan ini merupakan pertembungan politik nafsu kedua-dua parti.

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template