PENANG TODAY

Friday 3 May 2013

Siapa Bentuk Kerajaan Pulau Pinang?

Esok 05 May 2013 satu tarikh penting bagi seluruh rakyat malaysia menentukan pemerintah baru untuk 5 tahun akan datang.Esok juga adalah tarikh penting bagi rakyat Pulau Pinang menentukan pemerintah negeri Pulau Pinang.

Selepas rakyat mendengar kempen-kempen dari pemimpin-pemimpin parti politik yang bertanding ditambah dengan calon-calon bebas yang bertambah dalam sejarah pilihanraya negeri Pulau Pinang.0505 merupakan hari penentuan rakyat Pulau Pinang akan memilih pemimpin mereka.

Pakatan Rakyat akan mempertahankan sedangkan Barisan Nasional cuba merampas kembali Pulau Pinang yang mereka hilang pada PRU12 yang lalu.Pertarungan kali ini cukup sengit dan mendebarkan.Barisan Nasional bertanya kepada Pakatan Rakyat apa yang dibuat sepanjang 5 tahun diberi peluang memerintah Pulau Pinang.Pakatan Rakyat pula berkata apa yang BN buat kepada rakyat Pulau Pinang sepanjang 55 tahun memerintah Pulau Pinang.

BN mendakwa Pulau Pinang adalah Kerajaan DAP,bila persoalan ini timbul PR pula bagi tahu rakyat Pulau Pinang sebelum ini diperintah oleh Parti Gerakan kedua-duanya didomonasi oleh kaum Cina.Tiada beza antara BN dan PR yang membentuk Kerajaan Pulau Pinang.

Setiap kali pilihanraya isu perkauman tetap menjadi pilihan BN bagi meraih sokongan Melayu kepada mereka.Melayu Pulau Pinang boleh diibaratkan seperti dua ekor gajah bergaduh kancil mati ditengah.Itulah kedudukan melayu Pulau Pinang.Samada PR menang atau kalah maupun BN menang atau kalah Pulau Pinang tetap akan mendapat Ketua Menteri seorang Cina.

Namun pada 05 Mei 2013 rakyat Pulau Pinang tetap akan membuat pemilihan.Hari ini BN berkata akan menguasai Pulau Pinang dengan majoriti mudah sedangkan PR berkata akan memerintah semula Pulau Pinang dengan majoriti yang lebih kukuh.

Samada PR mendapat 29 kerusi dan BN 11 kerusi seperti PRU12 ataupun BN merampas Pulau Pinang dengan 21 kerusi BN dan 19 kerusi PR segalanya akan terjawab bila semua pusat mengudi ditutup pada jam 5.00 petang.

Rakyat Pulau Pinang akan membuat keputusan esok.Apa yang lebih penting rakyat Pulau Pinang tidak mahu HURU HARA.

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template