PENANG TODAY

Saturday 11 May 2013

Puluhan Ribu Tolak PRU13 di Batu Kawan...Kenapa

Puluhan ribu rakyat Pulau Pinang,Kedah dan Perak berhimpun di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang untuk membantah keputusan pilihan raya yang diadakan pada 050513 tempohari

Mereka berpakaian hitam,dari kaum Melayu,Cina dan India.Kenderaan mereka terpaksa diletakkan di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas dan terpaksa berjalan kaki sejauh 4 km ke Stadium Batu Kawan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.

Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh.

Kesesakan lalulintas diHighway Plus menyebabkan Lebuhraya sesak sehingga ke Seberang Jaya.Kenderaan yang memasuki tol Juru mengambil masa sehingga 2 jam sebelum dapat keluar di tol Bukit Tambun sepanjang 4km.


Kebanyakan mereka yang terperangkap dilebuhraya berkumpul mengibarkan bendera Keadilan,PAS dan DAP.Pada jam 12 malam laluan keutara mula berbunyi bising oleh mereka yang mula keluar dari Stadium.

Soalannya kenapa rakyat masih ada yang sanggup berhimpun sehingga dianggarkan ke angka 50,000 orang hanya semata mata mahu mendengar pidato Anwar Ibrahim?.

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template