PENANG TODAY

Showing posts with label Isu SPRM. Show all posts
Showing posts with label Isu SPRM. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Pegawai Khas TKM1 Di Fitnah

Kenyataan Akhbar 
10 Januari 2013

Perkara: Membalas Laporan Penangkapan Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang oleh Pegawai SPRM

Saya adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.

Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:-

1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut;

2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah;

3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I).

4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi.

Sekian penjelasan saya.

Zainal Abidin bin Saad
Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai Rakyat Pulau Pinang lagi sekali menyaksikan sindrom NAFISME dikalangan PKR Pulau Pinang mula menular ke akar umbi.Dari Kenyataan Akhbar Zainal Abidin beberapa tangkapan boleh dibuat :-

1) Benar penafiannya yang beliau tidak terlibat dengan transaksi sebabnya transaksi dibuat orang lain berkemungkinan kawan yang bersamanya  Mohd Shukri PJK seorang pegawai bank.Zainal tidak menafikan beliau merupakan orang tengah.

2) SPRM pun tahu Zainal tiada wang sebanyak itu,Zainal menjadi saksi wang RM30,000.00 sampai ketangan penerima.Tetapi disini tidak pula disebut siapa yang SPRM suspek.

3) Kenapa Zainal awal-awal lagi menafikan penglibatan Timbalan Ketua Menteri (I).Mungkinkah Timbalan Ketua Menteri (I) mengarahkan mana-mana tauke memberikan wang kepada Zainal untuk disogok kepada suami wanita yang terkena gangguan seksual.

4) Siapa pula yang buat Fitnah kepada Zainal..Berita penangkapan beliau adakah satu Fitnah.Jika berita penangkapan beliau adalah Fitnah seharusnyalah Zainal memfailkan saman Fitnah kepada Mingguan Malaysia yang melaporkan berita itu.

Wednesday, 9 January 2013

Seksual & Rasuah PR Penang tak sebulu

Perkembangan isu gangguan seksual dan rasuah menyaksikan tindakan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak sebulu.Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memecat Pegawai Daerah SPT yang terlibat dengan kes gangguan seksual.Tindakan telah diambil Lim Guan Eng walaupun mahkamah belum memutuskan yang Pegawai Daerah SPT bersalah dalam kes gangguan seksual.

Berbeza dengan PKR Pulau Pinang yang sehingga hari ini belum membuat sebarang tindakan kepada pegawai khas TKM1.Pandangan dua orang pemimpin PKR Pulau Pinang terhadap isu merasuah berbeza.

Kenyataan pertama dibuat oleh Naib Pengerusi PKR Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, tertuduh dalam kes itu sebenarnya bertugas sebagai pembantu peribadi kepada Mansor di pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti yang diwakili oleh Mansor.

Sementara itu kenyataan dua dibuat oleh Naib Pengerui PKR negeri itu, S Raveentharan mengecam penangkapan pembantu Timbalan Ketua Menteri (TKM), Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan rasuah sebagai satu percubaan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti pejabat.

Kenyataan pertama yang dibuat Datuk Abdul Halim Hussain sealiran dengan Lim Guan Eng sebelum tindakan sebarang tindakan dibuat siasatan perlu dilakukan kepada pegawai TKM1 yang juga memegang jawatan pegawai Ahli Parlimen Permatang Pauh.Sedangkan kenyataan S Raveentharan terus menghukum pihak-pihak tertentu dengan menyatakan kes rasuah sebagai satu percubaan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti pejabat.

Kenyataan S Raveentharan jauh menyimpang dari kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang.Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah yang dikatakan melibat seorang pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman baru-baru ini.

Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang mempelihatkan ketidaksepakatan dalam menanggani isu-isu yang berlaku di negeri Pulau Pinang.Fenomena ini memberi gambaran buruk kepada pengundi-pengundi Pulau Pinang yang sedang menanti Piliharanraya Umum ke 13 yang semakin hampir.Ada kemungkinankah undi Rakyat Pulau Pinang akan menjauhi Pakatan Rakyat?.   

PKR Pulau Pinang pertahan rasuah

PKR Pulau Pinang mengecam penangkapan pembantu Timbalan Ketua Menteri (TKM), Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan rasuah sebagai satu percubaan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti pejabat.

Naib Pengerui PKR negeri itu, S Raveentharan berkata peguam parti itu akan mempertahankan pembantu TKM tersebut.

Beliau mendakwa bahawa tiada bukti untuk mengaitkan pembantu TKM itu dengan rasuah.Raveentharan, yang juga ADUN Batu Uban berkata mereka tidak sepatutnya menuding jari jika mereka tidak mempunyai bukti.

Difahamkan sepasukan peguam akan mempertahankan pembantu TKM itu, tetapi tidak pasti bila dia akan didakwa di mahkamah. Dia kini dibebaskan dengan jaminan polis.
Pembantu Mansor dan dua yang lain, termasuk bekas pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya (kanan), ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Januari di tanah besar Pulau Pinang.

Ketiga-tiga ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah sebanyak RM30,000 kepada seorang kerani perempuan untuk memujuknya supaya menggugurkan aduan gangguan seksual terhadap Roslan, yang telah digantikan sebagai DO ekoran penangkapan tersebut.

Monday, 7 January 2013

Penahanan pembantu TKM I ada kaitan dengan Batu Tiga Quarry

Penahanan Pembantu Khas TKM1 yang juga menyandang jawatan pembantu khas kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh mendapat tindabalas dengan cepat ketua menteri Pulau Pinang.Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan rompakan Pegawai Daerah di Pulau Pinang.

Pegawai Derah SPT yang ditahan bersama Pembantu Khas TKM1 dan seorang lagi pegawai bank menerima hukuman setimpal dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Pembantu Khas TKM1 yang diberitakan adalah ahli PKR belum mendapat apa-apa tindakan dari PKR.Kelemahan TKMI yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang menambahkan lagi kelemahan beliau sebagai Ketua parti yang menguasai Pulau Pinang.Kali ini Pembantu Khas TKM1 sendiri yang ditahan.

Persoalan yang mula timbul dikalangan rakyat Pulau Pinang darimana RM30,000.00 diambil oleh Pembantu Khas TKM1.Tidak mungkin Pembantu Khas TKM1 sanggup mengeluarkan gaji beliau sebagai Pembantu Khas TKM1.Apakah motif RM30,000.00 cuba disogok kepada suami wanita yang didakwa menerima gangguan seksual Pegawai Daerah.

Persoalan ini perlu dilihat kembali kes Batu Tiga Quarry pada tahun 2009 yang menyebabkan perletakan Jawatan TKM1 Fairus Khairudin.Sogokan terbaru ini merupakan sogokan untuk mengekalkan Pegawai Daerah yang ditahan kekal sebagai Pegawai Daerah SPT.Pegawai Daerah SPT perlu berada disitu bagi memantau kadar royalti tanah merah dan bahan batuan.

Kes gangguan seksual bukanlah kes utama yang memerlukan sogokan sebanyak RM30,000.00.Isu utama disini adalah isu Pegawai Daerah SPT tidak dimalukan di mahkamah sedangkan seandainya perbicaraan selesai Pegawai Daerah akan didapati tidak bersalah.

Siapa dibelakang TKM1
Dari mana datangnya wang sebanyak RM30,000.00,mampukah Pembantu Khas TKM1 menyadiakan wang tunai sebanyak itu,siasatan SPRM sepatutnya kearah mengetahui siapa dibelakang Pembantu Khas TKM1.Adakah TKM1 terlibat dengan Batu Tiga Quarry? atau adakah ada lagi orang dibelakang TKM1?

Rakyat nampak Pembantu Khas TKM1 tidak mungkin dapat menyediakan wang sebayak itu.Tangkapan rakyat sudah tentu wang RM30,000.00 dibekalkan oleh seseorang ahli perniagaan dengan motif tertentu.SPRM perlu menyiasat lebih mendalam.

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template