PENANG TODAY

Sunday 30 December 2012

PKR TIADA HALA TUJU SIHAT - VETERAN DAP

GEORGETOWN: Veteran DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor melabelkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat serta tiada hala tuju yang tepat.

Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berkata demikian merujuk kepada matlamat asal perjuangan parti itu yang semata-mata mahu menuntut kebebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun sasaran itu telah dicapai dan hala tuju parti itu tampak samar-samar dan tidak seiring dengan gerakan rakan kompenan mereka, DAP dan PAS.

“Selepasnya reformasi sepatutnya habislah. Reformasi ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kebebasan Anwar.

“Tetapi selepas reformasi, maka ditubuh pula PKR, maka bermulanya satu parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat. Dia tidak ada hala tuju yang tepat,” ujar Zulkifli ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Zulkifli menambah matlamat perjuangan yang kabur itu ditambah buruk dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang diketuai oleh isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tidak mempunyai penyokong.

Disebabkan itu, PKR katanya dilihat terpaksa bergantung kepada sekutunya, PAS dan DAP.

“Oleh yang demikian, maka dia (PKR) mempunyai pemimpin yang tidak ada penyokong..akar umbi tidak ada. Kalau dia lawan kawasan ‘mix area’, DAP dengan PAS yang akan tolong dia,” jelas beliau yang baru-baru ini tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang berlangsung di Pulau Pinang.

Kreadibiliti PKR makin goyah apabila sering kali dikritik kerana pemimpin-pemimpinnya adalah bekas ahli Umno BN.

“(Ahli) PKR dia biasanya (yang) keluar daripada Umno. Seperti yang ramai orang kata, kalau anda ditolak atau keluar daripada sesuatu parti, itu bererti anda bukan yang terbaik di dalam parti itu.

“Dan apabila anda tubuhkan sebuah parti baru, tidak mungkin ia akan lebih baik daripada parti yang telah anda tinggalkan,” katanya


PKR tiada hala tuju sihat - Veteran DAP   

06:01pm, 28 Disember 2012

Oleh: Aidil Syukri Hamzah

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template