PENANG TODAY

Sunday 30 December 2012

TIGA ANGGOTA GENG SAMUN BERSENJATA API DI PULAU PINANG DITAHAN

KEPALA BATAS, 28 Dis (Bernama) -- Tiga anggota geng samun bersenjata api
yang aktif di Pulau Pinang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Sungai
Petani, Kedah.
Mereka yang berusia antara 30 hingga 45 tahun itu ditahan malam tadi dan
awal pagi ini.
"Bertindak hasil maklumat awam dan risikan polis, kita menyerbu sebuah rumah
di Taman Kenari, Sungai Petani pada pukul 8.30 malam tadi dan menahan dua
lelaki.
"Susulan itu pada pukul 5 pagi, kita menyerbu sebuah lagi rumah di
kawasan perumahan yang sama dan berjaya menahan seorang lagi lelaki," kata
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam sidang akhbar di sini
hari ini.
Beliau berkata berikutan serbuan itu, polis turut merampas antara lain
sepucuk pistol, 40 butir peluru pelbagai jenis, gari, empat telefon bimbit serta
buku akaun Tabung Haji milik seorang wanita.

-- LAGI POLIS-TAHAN 2 (AKHIR) KEPALA BATAS 

Siasatan awal mendapati mereka terbabit dalam tiga kejadian samun dan pecah
rumah di sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah bulan lalu dan
awal bulan ini, katanya.

Mereka beserta beberapa lagi anggota yang masih bebas dipercayai turut
melakukan beberapa lagi kejadian samun dan rompak di sekitar negeri ini.
Abdul Rahim berkata kumpulan ini sangat berbahaya kerana memiliki senjata
api dan akan bertindak di luar jangkaan seperti mencederakan mangsa jika mereka
terdesak.

Beliau berkata salah seorang daripada yang ditahan yang bekerja sebagai
pengimpal manakala dua lagi tidak bekerja kini direman bagi membantu siasatan
menurut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Mengenai kes judi, beliau berkata 361 premis perjudian di sekitar negeri ini
diserbu dari bulan lalu hingga Selasa lepas dan seramai 81 orang termasuk
penjaga dan pemilik premis ditahan serta 389 mesin
judi dirampas.

EIY NAW HM

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template