PENANG TODAY

Tuesday 1 January 2013

PRU13 : PR marahkan nyamuk bakar kelambu

Dalam kehangatan demam PRU13 yang semakin hampir,analisis kali ini cuba melihat apa yang disebut calon berkeupayaan menang samada dari Barisan Nasional maupun Pakatan Rakyat.Ramai penganalisa politik berpendapat “winnable candidates” antara faktornya hendaklah lebih ramai dari kalangan calon muda,calon muka baru dan juga calon tempatan ( Bukan calon Payung Terjun ).

Kenapa calon muda?.Calon muda diperlukan bagi menarik minat pengundi golongan muda begitulah pandangan Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Dr Jayum Jawan.Menurutnya parti-parti politik yang akan turun ke gelanggang pilihanraya perlu menawarkan calon-calon muda dibarisan hadapan.Pengundi golongan muda kali ini membentuk 1:5 dari jumlah pengundi 13.1 juta yang berjumlah 2.9juta.

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional hendaklah melihat situasi ini sebagai satu cabaran dalam usaha masing-masing menarik jumlah undi popular.Kedua-dua pihak seharusnya mengatursemula senarai calon-calon mereka.Pakatan Rakyat terutamanya yang meletakan calon 'Payung Terjun' pada PRU12.

Calon payung terjun apabila memenangi pilihanraya kurang memberi tumpuan kepada kawasan yang mereka menangi.Pakar Politik memberi contoh Ahli Parlimen Balik Pulau YB Yusmadi Yusoff yang dilihat kurang berkesan kepada pengundi-pengundi di Balik Pulau.Pengundi hanya mahu melihat wakil rakyat yang mereka pilih berada bersama mereka didalam kawasan.Selepas memenangi kerusi Balik Pulau,YB Yusmadi tidak menjadikan Balik Pulau sebagai tempat tinggal,dari itu pengundi melihat beliau berulang alik dari Balik Pulau dan Kuala Lumpur sebulan sekali.


Di Pulau Pinang kerusi Dewan Undangan Negeri juga diletakan calon Payung Terjun oleh PKR sepertimana YB TKMI yang memenangi DUN Penanti melalui pilihanraya kecil.YB Datuk Mansor yang berasal dari Bayan Lepas yang berjanji akan berpindah ke kawasan Penanti tidak menunaikan janji tersebut.Pengundi merasakan mereka telah tertipu memandangkan pengundi memilih wakil rakyat untuk memberi khidmat kepada mereka,malangnya calon Payung Terjun kurang bertanggungjawab kepada penduduk kawasan,kerana wakil rakyat seperti ini tidak merasai denyut nadi penduduk kawasan.

Sekali lagi pada PRU13 ini PKR mengambil langkah salah dengan meletakan YB Datuk Mansor bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.Pengundi Nibong Tebal bertanya PKR kenapa tidak beliau bertanding di Balik Pulau?.Situasi sebegini akan memberi isyarat kepada pengundi Nibong Tebal bahawa pengundi Balik Pulau menolak calon seperti ini.Barisan Nasional nampak lebih sensitif dengan isu calon Payung Terjun berbanding Pakatan Rakyat.

Muka baru juga merupakan faktor penting yang perlu parti politik kemukakan pada PRU13 nanti.Calon muka baru dilihat lebih bertenaga dan bersemangat memberi sumbangan kepada rakyat.Calon muka baru bukan hanya bermaksud wakil-wakil rakyat yang telah memenangi sesuatu kerusi,hakikatnya calon muka baru juga membawa maksud calon yang belum pernah bertanding ( Fresh candidate ).Barisan Nasional nampaknya lebih kehadapan dalam menilai pemilihan calon berbanding Pakatan Rakyat.Jarang sekali Barisan Nasional meletakan calon yang kalah dua kali dalam pilihanraya.Pakatan Rakyat terutamanya PKR masih meletakan calon yang telah dua kali kalah dalam pilihanraya.

Maka apabila calon mereka ( Pakatan Rakyat ) kalah mereka tidak melakukan post mortem kenapa calon mereka kalah sebaliknya Pakatan Rakyat lebih selesa menunding jari kepada sistem pilihanraya.Pakatan Rakyat akan bakar kelambu bila marahkan nyamuk. 

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template