-
GEORGETOWN - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Law Choo
Kiang hari ini mengeluarkan amaran kepada para anggota dewan supaya tidak
menggunak...
Barisan Nasional, khususnya UMNO, akan mendapati bukan senang untuk
pertahan kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) Kepala Batas, Seberang Perai,
Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang jika penyandangnya, Tun Abdullah Ahmad tidak bertanding.
Pak Lah yang mula dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas pada
1978 menggantikan allahyarham Datuk Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim
adalah sinonim dengan Kepala Batas. Tanpa Pak Lah, Kepala Batas
berkemungkinan besar jatuh ke tangan PAS, parti yang dijangka akan
mewakili Pakatan Rakyat.
PAS perlu meletakkan calon yang boleh diterima rakyat, yang bukan
sahaja kelihatan bersih daripada rasuah dan sebarang salahlaku jenayah
seperti salahguna kuasa dan sebagainya tetapi benar-benar bersih dan
boleh dipercayai, jika ingin menawan kerusi Kepala Batas
Bagi pihak UMNO, parti itu hanya akan menggali kubur sendiri sekiranya meletak salah orang sebagai calon menggantikan Pak Lah.
Dua nama disebut-sebut sebagai bakal calon, iaitu ketua pemuda UMNO
Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan mantan timbalan ketua
menteri dan timbalan menteri Persekutuan, Dr Ibrahim Saad. Jika benar
mereka adalah bakal calon UMNO, maka parti itu kenalah siap siaga untuk
mengadakan majlis talkin dan tahlil. Kedua-duanya bukan calon yang
terbaik dan popular di kalangan pengundi. Inilah hakikat yang mesti
diterima oleh UMNO.
Yang pasti, pilihan raya kali ini bagi kawasan Kepala Batas akan
menjadi antara yang diamati ramai kerana ia akan memperlihatkan
sokongan sebenar pengundi, iaitu kepada calon dan bukan kepada parti.
BN dapat mempertahan kerusi Kepala Batas pada pilihan raya 2008 yang
menyaksikan tsunami politik bukan atas kekuatan UMNO tetapi atas
kekuatan dan penerimaan rakyat terhadap Pak Lah.
Tanpa Pak Lah, sukar bagi UMNO untuk pertahan keruai Kepala Batas.