PENANG TODAY

Tuesday 7 May 2013

080513 Rasmi Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang

YANG Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas menyerahkan watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng dalam majlis istiadat di Seri Mutiara di Pulau Pinang, hari ini 08 May 2013 : - Foto Danial Saad

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Mutiara di sini.

Lim, 53, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada pukul 11.30 pagi.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Majimor Shariff, bapa Lim yang juga Penasihat DAP Lim Kit Siang, isteri Lim, Betty Chew Gek Cheng serta barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Pakatan Rakyat memenangi 30 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

DAP berjaya mengekalkan kesemua 19 kerusi Dun yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 manakala PKR memenangi 10 kerusi dengan pertambahan satu kerusi iaitu Dun Seberang Jaya dan Pas kekal dengan kerusi tunggalnya di Dun Permatang Pasir.

Umno pula menang 10 kerusi Dun. - Bernama

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template