PENANG TODAY

Tuesday 8 January 2013

Mansor sudah jadi liabiliti.

Benarkah Mansor sudah jadi liabiliti?.Blogger Anti Pakatan Rakyat mula meluaskan 'Perbicaraan Maya'.Memetik tulisan dalam blog Gelagat Anwar penulis berkata

Di kalangan orang DAP dan PKR Pulau Pinang, heboh dengan klip video 28 saat Mansor dalam keadaan mengghairahkan dengan seorang gadis Cina. Gadis Cina itu pula katanya penyokong kuat DAP. Handal juga Mansor Othman ini. Khabarnya, beberapa orang peniaga telefon bimbit di PP pun dah ada video 28 saat itu. Tinggal tunggu disebarkan sahaja. 

Penulis menambah DAP sudah memberikan kata putus, MANSOR is OUT for the next election. Kalau PKR nak letak sekalipun, DAP akan MUFARAKAH daripada membantu Mansor.Bila masa DAP memberi kata putus yang Mansor terkeluar senarai PRU13 kurang pasti,penulis Gelagat Anwar yang tahu.Mufakarah disini mengambarkan DAP tidak akan membantu atau dengan ayat lebih tepat DAP tidak menyokong Mansor sebagai calon mewakili PKR,

Dengan isu terbaru penahanan pegawai TKM1 yang melibatkan rasuah RM30,000.00 untuk menutup kes gangguan seksual pegawai daerah SPT,dakwaan perjalanan politik Mansor sampai ke penghujung sebelum waktunya hampir tepat.Semua tahu Anwar akan menggelak isu-isu yang mencalarkan imej PKR seminimum mungkin dengan kehangatan PRU13 yang cukup dekat.Adakah Anwar akan mencalonkan Mansor di Parlimen Nibong Tebal adalah mustahil bagi Anwar yang berpengalaman luas memenanggi Pilihanraya Umum.Telahan bahawa politik Mansor akan tamat tidak dapat dinafikan.Mansor yang memegang Jawatan TKM1 pada masa ini adalah pemimpin yang tidak popular dikalangan akar umbi.


Isu rasuah pegawai TKM1 telah menambahkan lagi kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang.Sebelum ini TKM1 telah menggelar Lim Guan Eng sebagai Tokong.Kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Mansor menyerahkan laporan pada Khamis ini (10.01.13) sekembalinya Mansor dari luar negara menunjukan sikap Ketua Menteri yang tidak lagi tahan dengan gelagat Timbalannya.Ketua Menteri mahu tahu darimana wang RM30,000.00 itu dan kenapa Mansor bersungguh mahu menyelamatkan Pegawai Daerah yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada kakitangannya.Rakyat Pulau Pinang melihat isu ini dengan jelas dan akan menilai prestasi Mansor sebagai TKM1.  

Mansor yang mengetuai PKR Pulau Pinang tidak mendapat mandat sepenuhnya dari pimpinan PKR Pulau Pinang.Sebagai seorang TKM1 beliau gagal membina satu arahtuju perjuagan PKR Pulau Pinang.Isu asas perjuangan sesebuah parti politik gagal diterjemahkan Mansor sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh  

Veteran DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor melabelkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat serta tiada hala tuju yang tepat.
 Sekali lagi Mansor akan berhadapan isu ini secara bersendirian.Sudah pasti orang-orang sekeliling beliau yang selama ini menjadi kaki ampu akan menjauhi beliau.Ahli PKR Pulau Pinang menanti untuk melihat,dimana calon-calon PRU13 yang Mansor senaraikan.Mampukah mereka-mereka ini pertahankan Mansor yang sebelum ini cukup kuat mempromosikan mereka sebagai calon PRU13 mewakili PKR.

 Anwar Ibrahim akan membiarkan Mansor sendiri menyelesaikan masalah penangkapan pegawainya.Anwar juga sedar senarai calon-calon yang dikemukakan Mansor semuanya dibiayai oleh tauke quarry yang diatur oleh orang kanan Datuk Seri Zahrin Hashim.

Dari beberapa faktor yang berlaku kebelakangan ini :

1.TKM1 gelar Ketua Menteri angkuh.
2.Calon calon cadangan Mansor dibiayai tauke quarry.
3.Mansor mentadbir PKR Pulau Pinang secara kukubesi.
4.Kelemahan Mansor mentadbir Kerajaan Negeri sebagai TKM1.
5.Mansor wakil rakyat tidak popular dikawasan sendiri.
6.Kegagalan beliau mengurus Melayu Pulau Pinang.

Adakah Rakyat Pulau Pinang akan menyaksikan seorang lagi Pemimpin PKR Pulau Pinang akan tersungkur?



The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template