PENANG TODAY

Thursday 10 January 2013

Pegawai Khas TKM1 Di Fitnah

Kenyataan Akhbar 
10 Januari 2013

Perkara: Membalas Laporan Penangkapan Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang oleh Pegawai SPRM

Saya adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.

Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:-

1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut;

2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah;

3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I).

4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi.

Sekian penjelasan saya.

Zainal Abidin bin Saad
Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai Rakyat Pulau Pinang lagi sekali menyaksikan sindrom NAFISME dikalangan PKR Pulau Pinang mula menular ke akar umbi.Dari Kenyataan Akhbar Zainal Abidin beberapa tangkapan boleh dibuat :-

1) Benar penafiannya yang beliau tidak terlibat dengan transaksi sebabnya transaksi dibuat orang lain berkemungkinan kawan yang bersamanya  Mohd Shukri PJK seorang pegawai bank.Zainal tidak menafikan beliau merupakan orang tengah.

2) SPRM pun tahu Zainal tiada wang sebanyak itu,Zainal menjadi saksi wang RM30,000.00 sampai ketangan penerima.Tetapi disini tidak pula disebut siapa yang SPRM suspek.

3) Kenapa Zainal awal-awal lagi menafikan penglibatan Timbalan Ketua Menteri (I).Mungkinkah Timbalan Ketua Menteri (I) mengarahkan mana-mana tauke memberikan wang kepada Zainal untuk disogok kepada suami wanita yang terkena gangguan seksual.

4) Siapa pula yang buat Fitnah kepada Zainal..Berita penangkapan beliau adakah satu Fitnah.Jika berita penangkapan beliau adalah Fitnah seharusnyalah Zainal memfailkan saman Fitnah kepada Mingguan Malaysia yang melaporkan berita itu.

The best deals in Penang

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template